About

Blog ini bertujuan menyimpan rekod bergambar dan bertulis mengenai kehidupan kami  sekeluarga untuk dijadikan kenangan dan rujukan di masa depan buat Amirul, Arman, Iman dan Alya. Ini adalah blog kesinambungan dari Two Plus One And More

Setelah 10 tahun berkhidmat di dalam Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), saya mengambil keputusan untuk menamatkan perkhidmatan (bersara) untuk menumpukan perhatian kepada anak-anak terutama kepada Iman yang mengidap Sindrom William. Sayang sebenarnya kepada kerjaya yang amat memberi makna dalam kehidupan saya. Namun, dalam hidup kita tak boleh dapat semuanya. Ambil yang ini, terpaksa ditinggalkan yang itu. 

Kepada Allah SWT, saya panjatkan doa agar keputusan yang saya buat ini adalah yang keputusan yang terbaik demi anak-anak, suami, dan keluarga. In sya Allah. 

Kerjaya sebagai suri rumah sibuk jugak sebenarnya. Sekarang baru saya faham. Selain uruskan rumah, kita juga menjadi supir menghantar anak pergi dan balik sekolah. Memang terkejar-kejar masanya. Walaupun sibuk, saya bersyukur anak-anak membesar di depan mata saya. Sekali sekali,  saya akan mengambil order kek/cupcake/pavlova jika ada masa free dari aktiviti keluarga. 

Terima kasih kerana bertandang ke blog kami. Salam pekenalan, semoga perkongsian dan persaudaraan ini mendatangkan kebaikan kepada kita semua. 

~Masliza Maaris~

HOME


1 comment:

  1. as salam saya dah tgk blog b4 ni n ada baca pasal cat travel...saudari ke ejen?nak htr kucing ke sabah...nak cr ejen
    0198243494

    ReplyDelete